KEMPEN TAWARAN PENGURANGAN KOMPAUN LETAK KERETA MAJLIS BANDARAYA DIRAJA KLANG

Dimaklumkan bahawa, Majlis sedang mengadakan Kempen Tawaran Pengurangan Kompaun Letak Kereta Majlis Bandaraya Diraja Klang bermula 1 Disember 2024 hingga 31 Disember 2024.

Tawaran ini melibatkan Kompaun Letak Kereta dengan kadar serendah RM15 sehingga RM300 bagi kompaun melibatkan pelbagai kesalahan trafik (tertakluk kepada jenis kesalahan).

Orang ramai disarankan untuk menjelaskan tunggakan kompaun dengan kadar serendah RM15 sebelum tindakan yang lebih tegas diambil termasuk tindakan pendakwaan di mahkamah.

Kompaun di bawah kesalahan Perenggan 51 (Kesalahan meletak kereta di petak khas), Perenggan 36 (2) (e) (Kesalahan di petak O.K.U) dan Perenggan 36 (2) (a) (Kesalahan menghalang atau menyebabkan terhalang mana-mana tempat atau petak letak kereta) adalah TIDAK TERMASUK di dalam kempen ini.

Semakan dan pembayaran kompaun boleh dibuat melalui laman sesawang Majlis iaitu ipay.mpklang.gov.my/home/kompaun, aplikasi Smart Parking MBDK dan Smart Selangor Parking serta perkhidmatan dalam talian KPKT iaitu pbtpay.kpkt.gov.my/home/semak.

Majlis juga menyediakan modul pembayaran melalui mesin i-Kiosk di lokasi berikut:

1. Ruang Kiosk, Lobi Ibu Pejabat MBDK Bangunan Sultan Alam Shah;
2. Pejabat Cawangan MBDK, Kompleks Pasar Besar, Jalan Meru;
3. Pejabat Cawangan MBDK, Jalan Tengku Kelana;
4. Pejabat Cawangan MBDK, Jalan Raya Barat;
5. Ruang Legar Pasaraya GM Klang  

Sebarang pertanyaan sila hubungi Unit Letak Kereta, Jabatan Penguatkuasa, MBDK di talian 03-3375 8037/8038 atau hadir ke Pejabat Cawangan MBDK Jalan Tengku Kelana, Aras 3 untuk maklumat lanjut.