Pengenalan

Program Jejak Warisan Klang telah dilancarkan pada hari Jumaat, 25 Jun 2010 di Stesen Kereta Api Klang sebagai tarikan kepada pengunjung  dan pelancong yang mengunjungi Klang. Ia  merupakan projek kerjasama di antara Majlis  Perbandaran Klang, Tourism Selangor, Pejabat  Daerah dan Tanah Klang, Unit Perancang Ekonomi Selangor, Perbadanan Adat Melayu  dan Warisan Negeri Selangor serta Persatuan  Sejarah Malaysia Cawangan Selangor dan  meliputi 24 penanda tempat di sekitar bandar  Klang Selatan dan Utara.

 

Jejak Warisan Klang kini telah berusia hampir 13  tahun dan masanya telah tiba untuk jejak ini  dinaiktaraf selaras dengan perkembangan  zaman dan juga penemuan maklumatmaklumat  sejarah baru hasil penyelidikan  sejarah Klang yang berterusan. Seiring dengan naik taraf status Klang kepada Bandaraya, maka program Jejak Warisan Klang dijenamakan  semula sebagai Jejak Warisan Bandaraya Diraja Klang.

Slogan

Frasa Pa’i Ka Kolang (Pergi ke Klang) dipilih sebagai slogan (tagline) bagi Jejak Warisan Bandaraya Diraja Klang. Berasal daripada bahasa Minangkabau, frasa ini telah digunakan sejak ratusan tahun dahulu oleh orang-orang Minangkabau dan Sumatera jika ingin ke Klang atau Semenanjung Tanah Melayu (Tanah Besar), malah tidak pernah disebut orang pa’i ka Kedah atau pa’i ka Johor atau pa’i ka Rembau.

 

Masyarakat Minangkabau yang terkenal dengan konsep marantau (merantau), telah lama menetap di Klang dan kerap berulang alik di antara Pagarruyung dan Klang sejak abad ke- 14 lagi, di mana mereka menjalankan aktiviti menggaleh (berniaga). Bagi tujuan promosi pelancongan, maka amatlah sesuai frasa ini dihidupkan kembali penggunaannya untuk menarik pelancong dan pengunjung ke Klang.

 

Moh, Pa’i Ka Kolang Kito!
(Mari, kita pergi ke Klang!)

Slogan
Jejak Warisan
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20