KLANG - Pihak berkuasa tempatan (PBT) di sini serius menyelesaikan masalah banjir kilat di Bandar Botanik Bukit Tinggi dengan memastikan saliran dan longkang dapat berfungsi dengan baik.
Ahli Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), Danish Hairudin berkata, satu operasi khas dijalankan bersama Jabatan Perkhidmatan Persekitaran MBDK dan pihak KDEBWM pada minggu pertama dan kedua tahun ini.
"Operasi khas bersama di Bandar Botanik Bukit Tinggi ini dijalankan bagi memastikan setiap saliran berfungsi dengan baik.
"Usaha berterusan ini juga bagi memastikan masalah banjir kilat di kawasan ini dapat diselesaikan secara tuntas.
"Antara Precinct yang terlibat adalah, Precinct Bidara, Jejawi, Casia dan Bunggor. Kawasan ini telah menjadi kawasan hotspot banjir sejak kebelakangan ini," ujarnya.
Terdahulu, isu yang sama turut menarik perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa, Dr Gunaraj Gorge yang turut turun padang meninjau ke kawasan terbabit dan berusaha mengatasi masalah banjir kilat yang berlaku.
"Setelah mempengerusikan mesyuarat bersama pihak berkewajipan untuk mengatasi masalah banjir di Bandar Botanik.
"Saya terus turun padang bersama mereka untuk meninjau dan membincangkan penyelesaian masalah banjir di Bandar Botanik.
Sumber : SinarHarian
Sila klik pautan di sini