KLANG: Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) menggempur penjaja dan premis warga asing sekitar Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang, di sini baru-baru ini.

MBDK menerusi kenyataan di Facebook, berkata operasi dijalankan Jabatan Penguatkuasa dan Jabatan Perlesenan mendapati lapan penjaja warga asing, enam penjaja warga tempatan dan sebuah premis dikendali warga asing.

Pemeriksaan yang dijalankan oleh MBDK melalui Jabatan Penguatkuasa dan Jabatan Perlesenan mendapati terdapat 8 penjaja warga asing, 6 penjaja warga tempatan dan sebuah premis dikendali oleh warga asing. - Foto MBDK

"Di Jalan Sultan Abdul Samad 39, ada tiga penjaja warga asing menjalankan aktiviti menjual kuih muih dan seorang penjaja warga asing menjual buah buahan.

"Di hadapan Blok 21, Pangsapuri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Lintang Sultan Abdul Samad 1, empat penjaja warga asing menjual sayur, hasil laut, pakaian, seluar dan makanan.

Pemeriksaan yang dijalankan oleh MBDK melalui Jabatan Penguatkuasa dan Jabatan Perlesenan mendapati terdapat 8 penjaja warga asing, 6 penjaja warga tempatan dan sebuah premis dikendali oleh warga asing. - Foto MBDK
Pemeriksaan yang dijalankan oleh MBDK melalui Jabatan Penguatkuasa dan Jabatan Perlesenan mendapati terdapat 8 penjaja warga asing, 6 penjaja warga tempatan dan sebuah premis dikendali oleh warga asing. - Foto MBDK

"Manakala di Jalan Sultan Abdul Samad 38 pula, terdapat sebuah kedai makan warga asing dan enam penjaja warga tempatan menjual kasut, aksesori lelaki dan pakaian," katanya.

MBDK berkata, enam kompaun dikeluarkan mengikut UUK 3 Penjaja (MPK) 2007.

Manakala sembilan sitaan dikeluarkan mengikut UUK 3 Penjaja (MPK) 2007 dan UUK 3(1) PEM (MPK) 2007.

Sumber : Berita Harian
Sila klik pautan di sini