KLANG, 4 JAN: Lebih 300 individu menyertai program gotong-royong Cintai Sungai Klang fasa ketiga anjuran Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) di Kampung Sungai Udang, di sini, hari ini.
Datuk Bandar Klang Dato’ Abd Hamid Hussain turut membantu membersihkan sampah di Program Cintai Sungai Klang 2025 di Pengkalan Nelayan kampung Sungai Udang Klang (Fasa 3) pada 4 Januari 2025.Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR
Datuk Bandar MBDK Dato’ Abd. Hamid Hussain berkata peserta terdiri daripada komuniti setempat, persatuan dan agensi kerajaan.
“MBDK mengambil berat tentang Sungai Klang kerana ia sangat penting terhadap bekalan air, nelayan dan sektor pelancongan.
“Fasa pertama dan kedua program ini memberi kesedaran kepada penduduk dan kami dapati kawasan mereka kini lebih bersih berbanding dahulu,” katanya selepas merasmikan program berkenaan di Pengkalan Nelayan Kampung Sungai Udang.
Sementara itu, Abd Hamid berkata fasa keempat program berkenaan dijadual berlangsung dalam tahun ini.
“Sungai Klang di daerah ini meliputi keluasan sebanyak 21 kilometer. Jadi dengan pelaksanaan fasa keempat ini kita harap ia dapat membersihkan seluruh persisiran Sungai Klang,” katanya.
Terdahulu, program yang berlangsung dari 7 hingga 11 pagi itu memlibatkan aktiviti pembersihan kawasan pesisir sungai, penanaman pokok, dan kempen kesedaran alam sekitar.
Aktiviti gotong-royong itu terbahagi kepada empat kawasan membabitkan kawasan sekitar Jeti Nelayan Kampung Sungai Udang, Masjid Darul Muttaqin, Sekolah Kebangsaan Sungai Udang dan Madrasah Tahfiz Al-Quran Ar-Rasyid.
Sumber : SelangorKini
Sila klik pautan di sini