KLANG - Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) mengeluarkan sebanyak tujuh notis kompaun kepada wakil premis perniagaan barangan logam dalam Operasi Penguatkuasaan Premis Tanpa Lesen di Bandar Bukit Raja di sini.

MBDK dalam satu kenyataan memaklumkan, tindakan itu diambil selepas premis perniagaan berkenaan didapati tidak memiliki lesen yang sah selain melakukan pelbagai kesalahan lain.

 

MBDK mengeluarkan sebanyak tujuh notis kompaun dalam Operasi Penguatkuasaan Premis Tanpa Lesen di Bandar Bukit Raja.
 

"Pemeriksaan telah dijalankan di Jalan Astana 1B, Bandar Bukit Raja. Ketika tiba di lokasi mendapati premis ini sedang beroperasi dengan menjalankan aktiviti seperti menjual, menyimpan barangan logam.

"Siasatan selanjutnya mendapati premis beroperasi tanpa lesen perniagaan dan iklan yang sah daripada pihak MBDK bagi tahun 2024," kata kenyataan dalam satu hantaran di laman Facebooknya pada Jumaat.

Dalam pada itu, pihak berkuasa tempatan itu turut memaklumkan, premis berkenaan juga didapati beroperasi sehingga menimbulkan kacau ganggu halangan di hadapan premis tersebut.

 

Premis berkenaan turut didapati beroperasi sehingga menimbulkan kacau ganggu halangan di hadapan premis tersebut.
]Premis berkenaan turut didapati beroperasi sehingga menimbulkan kacau ganggu halangan di hadapan premis tersebut.

"Tujuh kompaun itu diserah kepada wakil syarikat iaitu pekerja di atas kesalahan beroperasi tanpa lesen, mempamerkan papan iklan tanpa lesen, dan menimbulkan halangan kacau ganggu di hadapan premis serta bahu jalan.

"Kompaun dikeluarkan di bawah UUK 3, Undang Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan Dan Perindustrian (MPK) 2007, UUK7 Undang Undang Kecil Iklan (MPK) 2007, Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974," tambah kenyataan itu.

Sumber : Sinar Harian
Sila klik pautan di sini