Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) kini sedang dalam proses penaiktarafan Krematorium Klang bermula Jun 2023 dan dijangka siap pada 30 Oktober 2024. Proses itu  merangkumi penggantian dan pembaikan tempat pembakaran mayat serta pembaikan beberapa infrastruktur di situ.


TUDUHAN BERNIAT JAHAT, HASUTAN!

Sehubungan itu, Pengarah Komunikasi Korporat, Norfiza Mahfiz berkata, MBDK menafikan sebarang kenyataan yang memaklumkan tiada peruntukan kewangan oleh kakitangannya bagi kerja-kerja baik pulih Krematorium Klang seperti yang didakwa oleh seorang individu baru-baru ini.

 

Norfiza menjelaskan, dakwaan itu berniat jahat dan penuh dengan unsur menghasut netizen dalam laman sosial milik individu berkenaan yang mendakwa beliau bekas ahli majlis sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) yang turut mengeluarkan kata-kata kesat kepada pemimpin setempat termasuk Ahli Majlis MBDK.

 

TUDUHAN BERNIAT JAHAT, HASUTAN!

Pengarah Jabatan Kesihatan, MBDK Azmi Muji (tengah) mengadakan tinjauan untuk kerja-kerja baikpulih terkini di Krematorium Klang


Menurutnya, Jabatan Kejuruteraan juga telah mengemas kini dan menjalankan pemantauan kerja-kerja penaiktarafan Krematorium Klang yang kini masih dalam proses baik pulih.

“Kerja-kerja dijangka siap pada 30 Oktober 2024 dan pada beberapa minggu yang lalu, Jabatan Kejuruteraan telah menjalankan pembaikan pada beberapa kerosakan ‘minor’ yang diadukan,” katanya.

 

Tambah Norfiza, antara pembaikan yang  dijalankan melibatkan kipas dan lampu di bahagian hadapan, tandas manakala kerosakan seperti di bahagian bumbung akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat oleh Jabatan Kejuruteraan.

 

Menurutnya, tuduhan yang mengatakan kepentingan hak kaum India dinafikan oleh MBDK agak keterlaluan dan pihaknya kini sedang meneliti beberapa sudut termasuk proses undang-undang terhadap individu berkenaan. - KitaReporters

 

TUDUHAN BERNIAT JAHAT, HASUTAN!

Pegawai MBDK mengadakan tinjauan di sekitar krematorium 

Sumber : KitaReporters
Sila klik pautan di sini