Emel Jabatan : kejuruteraan@mbdk.gov.my
Ketua Jabatan :
Emel Ketua Jabatan :
1.0 Objektif
- Membuat penambahbaikan dan memantapkan keberkesanan fungsi jabatan supaya lebih cekap.
- Memberi peluang kepada kakitangan yang telah lama berkhidmat untuk berubah skop kerja dan pendedahan kepada skop kerja yang berbeza.
- Memperkukuhkan hubungan di antara kakitangan terutama dalam mendapatkan kerjasama.
- Membentuk kakitangan yang berdaya saing dan menyumbang kepada kemajuan jabatan.
- Melahirkan kakitangan yang bersifat pemimpin dan berketrampilan dan berilmu.
2.0 Bahagian di Jabatan Kejuruteraan
- Bahagian Kawalan Pembangunan Infrastruktur
- Bahagian Jalandan Jambatan
- Bahagian Saliran dan Kawalan Banjir
- Bahagian Lalu Lintas dan Pengangkutan Awam
- Bahagian Mekanikal dan Elektrikal
- Bahagian Bangunan dan Kemudahan Riadah
- Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Am
A. Bahagian Kawalan Pembangunan INFRASTRUKTUR (pejabat cawangan jalan raya barat)
- Memproses permohonan pelan infrastruktur & Pembangunan bagi :
- Pelan Kerja Tanah
- Pelan Jalan dan Parit
- Pelan Lampu Jalan - Memproses Sokongan Pengeluaran Sijil ‘CCC' atau ‘CF' untuk sesuatu pembangunan.
- Memproses sokongan permohonan Kebenaran Merancang daripada aspek keperluan kemudahan infrastruktur.
- Mengawal, memantau dan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap kerjapembangunan swasta yang berkaitan (kerja tanah/binaan).
- Menyedia dan memantau kerja-kerja di bawah peruntukan MARRIS/ Projek.
B. Bahagian Jalan Dan Jambatan
- Menyelenggara dan membaikpulih kerosakan jalan-jalan meliputi cerun/tebing di tepi jalan dan jambatan sediada milik Majlis, secara jabatan/dalaman (Road Gang) atau secara kontrak.
- Menaiktaraf jalan sedia ada danmembina jalan barudi kawasan Majlis.
- Menurap semula jalan-jalan sediada di bawah kawalan Majlis.
- Memproses permohonan dan memantau kerja dari agensi luaran terhadap kerja-kerja pengorekan dan pemasangan paip, kabel dan lain-lain utiliti di atas jalan.
- Mengawal, memantau dan mengambil penguatkuasaan tindakan ke atas pihak atau agensi / jabatan utiliti yang menjalankan kerja di jalan tanpa kelulusan Majlis .
- Memantau dan mengambil tindakan terhadap aktiviti-aktiviti pembinaan struktur tanpa kebenaran di atas rezab jalan atau lorong belakang.
- Menyedia dan memantau kerja-kerja di bawah peruntukan MARRIS / Projek
C. Bahagian Saliran Dan Kawalan Banjir
- Menyelenggara dan membaikpulih kerosakan parit-parit konkrit, kolam takungan/ pam banjir dan komponen termasuk jeti-jeti sediada milik majlis.
- Merancang, merekabentuk dan melaksana kerja-kerja berkaitan dengan sistem kawalan banjir, meliputi perparitan, kolam takungan banjir dan sistem pam kawalan banjir di kawasan Majlis bagi mengurangkan atau mengatasi masalah banjir.
- Memantau dan mengambil tindakan terhadap aktiviti-aktiviti pembinaan struktur tanpa kebenaran di atas rezab parit/longkang.
- Menyedia dan memantau kerja-kerja di bawah peruntukan MARRIS/Projek.
D. Bahagian Lalu Lintas Dan Pengangkutan Awam
- Papan tanda dan garisan jalan.
- Menyelenggara dan memasang semua keperluan papan tanda seperti papan tanda nama jalan, tunjuk arah, nama taman tempat, dan tanda-tanda lalulintas, dan am.
- Menyelenggara dan mengecat garisan-garisan jalan tanda-tanda lalulintas, keredaan lalulintas dan tempat letak kenderaan secara jabatan atau kontrak.
- Mengkaji dan melaksana keperluan keredaan lalulintas kelancaran lalulintas,keselamatan dan papan tanda maklumat.
- Memproses permohonan-permohonan keredaan trafik (bonggol dan lain-lain).
- Pengangkutan Awam
- Mengkaji dan menyelaras keperluan kemudahan pengangkutan awam bersama agensi dan pihak pengendali pengangkutan awam seperti bas dan teksi/kereta sewa.
- Memastikan kelancaran sistem pengangkutan awam dengan memberikan perkhidmatan secara menyeluruh dan menyediakan tempat-tempat perhentian yang strategi dan tersusun untuk kemudahan awam.
- Kemudahan Awam
- Menyediakan dan menyelenggara keperluan kemudahan yang berkaitan pengangkutan awam seperti pondok bas, hentian bas, laluan pejalan kaki, pagar keselamatandan sebagainya yang bercirikan bandar selamat dan mesra OKU.
- Mengkaji keperluan tempat letak kenderaan ringan dan berat.
- Memantau dan mengambil tindakan terhadap aktiviti-aktiviti pembinaan struktur tanpa kebenaran di atas rezab jalan atau lorong belakang.
- Mengemaskini maklumat teknikal seperti mapping, inventori, Sistem GIS, Map Info dan MARRIS online.
Menyedia dan memantau kerja-kerja di bawah peruntukan MARRIS / Projek.
E. Bahagian Mekanikal Dan Elektrikal
- Bengkel dan pengangkutan.
- Menyelenggara dan membuat pemeriksaan semua jenis kenderaan Majlis meliputi kenderaan bermotor penumpang, jentera pembinaan, motosikal, kenderaan laut (bot)dan peralatan/ jentera secara berjadual.
- Menyelenggara dan memastikan semua kenderaan / jentera / peralatan diselenggara / dibaiki dengan memuaskan, berfungsi dengan baik dan selamat digunakan
- Mengurus dan menyediakan kenderaan dengan pemandu bagi keperluan majlis atau jabatan-jabatan.
- Perolehan kenderaan/jentera berat.
- Pelupusan kenderaan/jentera sediada.
- Pencahayaan dan kerja-kerja elektrikal
- Menyelenggara, memeriksa dan membaiki kerosakan semua lampu jalan, lampu gelanggang, lampu hiasan dan lampu isyarat milik Majlis.
- Memastikan tahap pencahayaan di kawasan awam dengan menepati standard dan keperluan terkini.
- Menyediakan lampu-lampu hiasan yang dapat memberi tahap keceriaan yang menepati keperluan terkini.
- Menyemak dan mengkaji kesesuai terhadap permohonan keperluan pencahayaan lampu jalan, lampu hiasan, lampu isyarat, lampu gelanggang dan lampu di kawasan lapang/taman.
- Sistem hawa dingin dan lif
- Menyelenggara dan membaiki sistem penghawa dingin dan lif di pejabat, Dewan/ Kompleks Sukan dan Kompleks Perniagaan.
Menyedia dan memantau kerja-kerja di bawah peruntukan MARRIS / Projek.
F. Bahagian Bangunan Dan Kemudahan Riadah
- Bangunan Pejabat/ Kuarters/ Bangunan Awam dan Kemudahan Riadah.
- Menyelenggara, membaiki, menaiktaraf bangunan-bangunan milik Majlis seperti bangunan pejabat, pejabat cawangan, stor, kuarters/ rumah kediaman MPK, dewan, balairaya, gerai, kompleks pasar, kompleks perniagaan, kompleks sukan dan tandas awam.
- Menyelenggara/membaiki kemudahan awam dan riadah seperti gelanggang, trek jogging, padang permainan (bola), padang am, pondok gazebo dan komponen berkaitan.
Menyedia dan memantau kerja-kerja di bawah peruntukan MARRIS / Projek.
G. Bahagian Pentadbiran Dan Pengurusan Am
- Merekodkan hal ehwal perjawatan meliputi jadual kedatangan, kursus , cuti kakitangan dan lain-lain
- Mengedar dan memaklumkan segala arahan rasmi majlis dan pekeliling kepada kakitangan.
- Mengurus dan merekodkan pendaftaran segala persuratan serta perjalanan fail jabatan.
- Menguruskan penyediaan dokumen yang berkaitan dengan kerja-kerja kontrak .
- Mengurus dan merekod bayaran-bayaran kerja kontrak.
- Mengurus dan merekodkan segala maklumat dan dokumen jabatan.
- Menerima dan merekod permohonan pelan-pelan pemajuan kerja infrastruktur (Pelan Kerja Tanah, Pelan Jalan Dan Parit, Pelan Lampu Jalan).
Merekod dan memberi maklumbalas terhadap perkara / aduan berkaitan Jabatan.
3.0 Carta Organisasi
4.0 Direktori Kakitangan