pembersihan-pantai
Peserta bergambar pada program pembersihan Pantai Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang pada 7 Januari 2024. Foto Facebook Majlis Perbandaran Klang

SHAH ALAM, 7 JAN: Seramai 100 individu menyertai program pembersihan kawasan pantai Tanjung Harapan, ‘We Care For The Ocean’ anjuran badan bukan kerajaan Enlightment Movement, hari ini.

Menurut Majlis Perbandaran Klang (MPK) program yang bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah hari itu turut mendapat kerjasama KDEB Waste Management (KDEBWM) dan Kelab Warisan Sungai Klang.

“Program dianjurkan untuk meningkatkan kesedaran dan kepedulian masyarakat setempat terhadap kelestarian laut serta usaha pemuliharaan keadaan pesisiran pantai,” katanya menerusi Facebook

pembersihan-pantai
Peserta program ‘We Care For The Ocean’ membersihkan kawasan Pantai Tanjung Harapan pada 7 Januari 2024. Foto Facebook Majlis Perbandaran Klang

Turut hadir memeriahkan program ialah wakil daripada Jabatan Kemasyarakatan dan Jabatan Perancang Bandar, Majlis Perbandaran Klang.

Tourism Selangor menyenaraikan Tanjung Harapan antara lima lokasi popular pelancong dan kaki pancing di negeri ini.

Tanjung Harapan atau ‘Cape of Good Hope’ memiliki pantai seluas dua kilometer (km) dan bersempadan dengan Pelabuhan Klang Golf Resort.

Sumber : SelangorKini
Sila klik pautan di sini