Laman Seni Safari Jejak Warisan Klang terletak di lorong belakang Bangunan Persatuan Eng Choon Selangor. Lukisan dinding bertema safari di 'Heritage Walk' berdekatan dengan Galeri Diraja Klang. Projek ini diusahakan oleh Majlis Perbandaran Klang. Dirasmikan oleh Datuk Zainal Abidin Abu Hassan pada 5 Jun 2020

Burung Unta

Saya merupakan sejenis burung yang terbesar dan orang mengenali saya sebagai burung unta. Saya tidak boleh terbang tapi saya boleh berlari dengan laju. Saya dikategori sebagai haiwan omnivor (pemakan haiwan dan tumbuhan) dan jangka hayat hidup mencecah 50 tahun.

Kambing Gurun

Nama saya Ibex nubia (Capra Nubiana). Saya seekor kambing yang hidup di kawasan gurun. Saya memiliki ketinggi 67–75 cm dengan berat 50 kilogram memiliki tanduk panjang yang melingkar. Saya dikategori sebagai haiwan herbivor (pemakan tumbuhan).

Burung Merak

Saya seekor burung merak jantan yang mempunyai bulu pelepah yang berwarna-warni dan dikategori sebagai haiwan omnivor (pemakan haiwan dan tumbuhan). Saya juga dikenali diantara spesis burung yang tercantik di dunia dan boleh hidup diantara 10-25 tahun.

Kuda

Saya seekor kuda. Saya dikategori sebagai haiwan herbivor (pemakan tumbuhan dan boleh minum air dari 5 hingga 10 galon air sehari,  saya boleh boleh tidur sambil berbaring ataupun berdiri. Jangka hayat hidup saya diantara 25-30 tahun.

Burung Hantu

Saya seekor burung hantu yang bergerak aktif pada waktu malam. Kepala boleh berputar sehingga 135 darjah dan mempunyai deria pendengaran yang sangat tajam. Kelebihan ini memudahkan saya untuk berburu pada waktu malam. Saya dikategori sebagai haiwan omnivor (pemakan haiwan dan tumbuhan).

Badak Sumbu

Saya seekor badak sumbu yang merupakan mamalia yang semakin diancam kepupusan. Saya mempunyai kulit yang kasar, tebal, berlipat-lipat, berwarna kekelabuan dan mempunyai tanduk yang besar sebagai pelindungi diri. Jangka hayat sehingga 60 tahun atau lebih. Saya dikategori sebagai haiwan herbivor (pemakan tumbuhan).