Emel Jabatan: pelesenan.utara@mpklang.gov.my

Ketua Jabatan : Puan Zate Aziana binti Abdul Rahman
Emel Ketua Jabatan : zate.rahman@mbdk.gov.my

PENGENALAN

  1. Jabatan Pelesenan bertanggungjawab dalam mengurus dan mengawal semua aspek yang berkaitan dengan pengendalian perniagaan di kawasan Majlis Bandaraya Diraja Klang. Ia merangkumi proses pengeluaran lesen secara sistematik dan teratur, kawalan ke atas aktiviti perniagaan, serta tindakan penguatkuasaan bagi memastikan semua aktiviti perniagaan dan penjaja beroperasi secara sah dan mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.

    Terdapat 3 bahagian utama dan 3 unit di Jabatan Pelesenan iaitu:

  • Bahagian Pentadbiran

  • Bahagian Tred dan Industri

  • Bahagian Penjaja

  • Unit Kaunter & Online

  • Unit Inspektorat

  • Unit Penguatkuasaan

 

  1. OBJEKTIF

    2.1 Mengurus dan memproses permohonan baharu dan pembaharuan lesen perniagaan dan industri.

    2.2 Memastikan setiap aktiviti perniagaan yang dijalankan mempunya lesen yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Melesen.

    2.3 Menyelaras dan memantau tindakan kawalan aktiviti perniagaan dan penjaja berdasarkan Undang-Undang Kecil Majlis Bandaraya Diraja Klang.

     

3. FUNGSI JABATAN

     3.1 BAHAGIAN PENTADBIRAN

            3.1.1  Mengurus permohonan cuti kakitangan. 

            3.1.2  Mengurus dan mengawal perbelanjaan jabatan.

            3.1.3  Mengurus tuntutan elaun lebih masa dan elaun perjalanan kakitangan jabatan.

            3.1.4  Mengurus pendaftaran aset dan inventori jabatan.

            3.1.5  Memastikan pengurusan rekod jabatan mengikut kaedah yang ditetapkan oleh Majlis Bandaraya
                      Diraja Klang dan Arkib Negara.             
           3.1.6   Melaksanakan pelupusan aset jabatan mengikut Tatacara Pengurusan Aset Kerajaan.

           3.1.7   Mendaftar surat menyurat dan urusan perjalanan fail jabatan.

           3.1.8   Menyelaras prosedur dan manual kerja jabatan dan kakitangan dari masa ke semasa.

           3.1.9   Menyelaras kertas mesyuarat Mesyuarat Pra dan Jawatankuasa Pelesenan & Kawalan Perniagaan.

           3.1.10 Membuat pemantauan, semakan dan pindaan berkaitan ISO, SSR-PBT, APPC dan lain-lain yang berkaitan. 

           3.1.11 Menyelaras bajet dan kewangan jabatan dan lain-lain.

           3.1.12 Menyelaras pencapaian kutipan hasil Jabatan. 

           3.1.13 Menyelaras program kutipan lesen / permit di lokasi (unit kaunter bergerak)

     3.2 BAHAGIAN TRED & PERNIAGAAN DAN INDUSTRI

           3.2.1   Unit Kaunter & Online

                     3.2.1.1  Memproses permohonan lesen baru untuk lesen Tred, Perniagaan dan Industri mengikut kategori lesen seperti berikut: 

                                  (a) Lesen  Industri   Berisiko (30 hari)

                                  (b) Lesen Sementara  Industri (14 hari)

                                  (c) Lesen Industri Program Pemutihan   Kilang Tanpa Kebenaran (KTK)

                                  (d) Lesen Perniagaan dan Iklan Berisiko

                                  (e) Lesen Perniagaan dan Iklan Berisiko Sederhana

                                  (f) Lesen Perniagaan dan Iklan Tidak Berisiko 

                                  (g) Lesen Perniagaan dan Iklan (Program Pemutihan)

                                  (h) Lesen Sementara

                                  (i) Lesen Hiburan

 

                     3.2.1.2  Memproses permohonan baru untuk permit sementara:

                                 (a) Permit Perniagaan Sementara

                                 (b) Permit Hiburan

                                 (c) Permit Iklan Sementara

                                 (d) Permit Kaki Lima

 

                     3.2.1.3  Memproses pembaharuan Lesen Tred dan Perniagaan. 

                     3.2.1.4  Memproses pembatalan Lesen Tred, Perniagaan dan Industri serta Permit Perniagaan Sementara.

                     3.2.1.5  Memproses pemotongan dan pemulangan wang cagaran untuk cagaran seperti berikut:

                                 (a) Lesen Hiburan

                                 (b) Semua permit sementara

                     3.2.1.6  Menyusun jadual tugasan kaunter pelesenan dan kaunter multitasking.

                     3.2.1.7  Menyediakan laporan Piagam Pelanggan pada setiap bulan.

 

           3.2.2   Unit Inspektorat

                     3.2.2.1  Menjalankan pemeriksaan premis.

                     3.2.2.2  Menyelaras semua aktiviti lesen di premis-premis industri.

                     3.2.2.3  Menyediakan laporan aktiviti di premis

                     3.2.2.4  Memasukkan data dalam sistem lesen

                     3.2.2.5  Pemeriksaan permohonan lesen baru   untuk lesen tred, perniagaan dan   industri.  Termasuk lesen lanjutan industri.

                     3.2.2.6  Melaksanakan dasar, pekeliling Kerajaan Negeri dari semasa ke
 semasa.

                     3.2.2.7  Menjalankan pemeriksaan rutin terhadap premis-premis perniagaan dan industrI bagi pematuhan syarat.

 

     3.3 UNIT PENGUATKUASAAN 

           3.3.1   Mengeluarkan notis dan kompaun terhadap mana-mana pihak yang menyalahi peruntukan undang-undang yang digunapakai oleh MBDK.

           3.3.2   Melaksanakan pemeriksaan pematuhan syarat-syarat premis perniagaan dan industri.

           3.3.3   Menjalankan pemeriksaan pusat hiburan dan penguatkuasaan peruntukan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1995.

           3.3.4   Menjalankan pemeriksaan ke atas Kilang Tanpa Kebenaran (KTK). 

           3.3.5   Menjalankan pemeriksaan secara bersepadu premis bersama jabatan dalaman dan menyediakan laporan.

           3.3.6   Menjalankan operasi secara bersepadu premis bersama jabatan dalaman (J-Force) empat kali setahun dan menyediakan laporan.

           3.3.7   Menjalankan pemeriksaan dan operasi secara bersepadu premis bersama agensi luar berkaitan isu pencemaran dan bidang kuasa agensi masing-masing serta menyediakan laporan.

           3.3.8   Menghadiri lawatan tapak bersama jabatan dalaman. 

           3.3.9   Menghadiri lawatan tapak menikut agensi yang berkaitan.

           3.3.10   Melaksanakan pemeriksaan aduan yang disampaikan melalui Unit Aduan (Sistem Aduan) dan juga orang awam. 

           3.3.11   Melaksanakan bancian ke atas premis-premis industri mengikut arahan dari semasa ke semasa.

           3.3.12   Menyelaras dan mengadakan mesyuarat berkaitan operasi dan penguatkuasaan.

           3.3.13   Menyediakan kertas siasatan bagi tindakan pendakwaan di mahkamah.

 

     3.4 BAHAGIAN PENJAJA

           3.4.1   Membuat penyelarasan penyelidikan dan merancang segala bentuk pengurusan hal ehwal yang berkaitan dengan penjaja.

           3.4.2   Sebagai urusetia bagi menyelaras segala Program Penyusunan Penjaja bersama Jabatan-Jabatan Teknikal berkaitan.

           3.4.3   Membuat kertas kerja dan maklumbalas berkaitan pengurusan penjaja untuk dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa.

           3.4.4   Menyediakan data dan statistik pengurusan dan pembangunan bagi mewujudkan Smart Penjaja mengikut dasar Smart Governance oleh kerajaan Negeri.

           3.4.5   Memberikan gambaran jelas keadaan situasi ekologi semasa Penjaja di bawah Pentadbiran Majlis.

           3.4.6   Memberi maklumat dan cadangan mengenai kearah persekitaran Pengurusan Penjaja yang kreatif dan inovatif bagi merealisasikan Piagam Pelanggan dan Dasar Majlis.

           3.4.7   Memeriksa, menyemak dan menyediakan laporan teknikal permohonan Lesen Penjaja, Lesen Pasar Malam/Pagi, dan Permit Sementara Perniagaan.

           3.4.8   Memeriksa, menyemak dan menyediakan laporan permohonan pembatalan, tukar nama, tukar aktiviti Lesen Penjaja, Permit Pasar Malam/Pagi, Permit Sementara Perniagaan.

           3.4.9   Melaksanakan pemeriksaan rutin dan pematuhan syarat bagi lesen-lesen penjaja, pasar malam/pagi.

           3.4.10   Menjalankan pemeriksaan bagi kawalan penjaja seperti kawalan/operasi tapak bazar perayaan.

           3.4.11   Membuat kerja-kerja bancian dan inventori berkaitan penjaja dan pasar malam/pagi.

           3.4.12   Menyediakan laporan pencapaian aktiviti bancian dan inventori, kawalan aduan dan tindakan teknikal kawalan penjaja dan penguatkuasaan.

           3.4.13   Merancang dan menyelaras dan membuat pemantauan kerja mengecat tapak pasar malam/pagi.

           3.4.14   Membantu menjalankan siasatan, tindakan Kawalan dan pemantauan ke atas aduan yang diterima dan melaporkan kepada kepada urusetia Aduan Jabatan.

           3.4.15   Membantu membuat kajian teknikal penambahan lokasi baru dan menaik taraf tapak bagi tapak penjaja 3P atau apa-apa program baru Jabatan.

           3.4.16   Menyelaras dan melaksanakan aktiviti/program berkaitan usahawan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor & Kerajaan Persekutuan di peringkat Majlis Bandaraya Diraja Klang.