Masjid Diraja Sultan Suleiman
Latar Belakang
Nama sebenar masjid ini ialah Masjid Sultan Suleiman Jamiur Rahman Iaitu mengambil sempena nama Sultan Selangor yang ke 5, Sultan Aleiddin Shah (1898-1938) dan pernah menjadi masjid Negeri Selangor.
Dibina pada tahun 1932, batu asasnya telah diletakkan oleh DYMM Sultan Aluddin Suleiman Shah yang telah dihadiri oleh Sir Laurence Peel, Setiausaha Agong Tanah Melayu, Tuan J.Lornie, Residen British di Selangor dan dibuka rasmi oleh Sultan Negeri Selangor ketika itu pada tahun 1934.
Lokasi
Jalan Raya Timur, Kawasan 1, 41000 Klang, Selangor
Masjid India
Latar Belakang
Bangunan asal Masjid India telah dibina pada tahun 1910 untuk aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan oleh masyarakat India-Muslim yang tinggal di Klang dan kawasan sekitarnya. Masjid ini terletak di Jalan Tengku Kelana, Klang yang merupakan kawasan membeli belah masyarakat India yang terkenal. Bangunan asal masjid ini telah dirobohkan dan digantikan dengan binaan masjid baru pada tahun 1973. Bagaimanapun binaan ini juga telah dirobohkan untuk digantikan dengan masjid 2 tingkat yang baru yang besar dan moden untuk menampung jemaah yang semakin ramai. Masjid ini kini menjadi antara mercu tanda bagi Klang.
Lokasi
Jalan Tengku Kelana, Kawasan 1, 41000 Klang, Selangor