KLANG, 18 JAN: Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) menyusun gerak kerja pembersihan di seluruh kawasan pentadbirannya termasuk melantik beberapa kontraktor baharu.
Datuk Bandar Klang Dato’ Abd Hamid Hussain bersama peserta ketika program Discover Royal Klang Heritage Walk di pekarangan padang Laman Seni Safari, Klang pada 18 Januari 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR
Datuk bandarnya berkata semua infrastruktur awam juga akan dipastikan berada dalam keadaan elok sekali gus memastikan bandar raya ini bersih dan indah
“Gerak kerja pembersihan seluruh Klang telah bermula dan kita minta kontraktor sedia ada laksanakannya. Pada masa sama, kita juga melantik kontraktor baharu awal bulan ini.
“Kita juga menekankan kepentingan memastikan sistem perparitan akan diselenggara dengan lebih baik bagi mengurangkan risiko banjir,” kata Dato’ Abd Hamid Hussain selepas merasmikan Discover Royal Klang Town Heritage Klang di Laman Seni Safari di sini, hari ini.
Terdahulu, menerusi program tersebut beliau meneroka beberapa lokasi warisan Klang antaranya Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz, Istana Alam Shah, Masjid India Tengku Kelana dan Balai Bomba Kota Raja.
Sebelum ini, Abd Hamid memaklumkan MBDK menyusun gerak kerja berkaitan aspek pembersihan yang turut melibatkan KDEB Waste Management (KDEBWM) di seluruh kawasan pentadbirannya.
Tindakan itu berikutan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor menzahirkan dukacita dengan tahap kebersihan Bandaraya Diraja Klang yang masih kotor dan tidak teratur.
Pada 5 Disember tahun lepas, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah walaupun pembangunan berkembang pesat, masih terdapat kawasan yang kotor termasuk sungai yang teruk tercemar dengan sampah sarap.
Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah walaupun pembangunan berkembang pesat, masih terdapat kawasan yang kotor termasuk sungai yang teruk tercemar dengan sampah sarap.
Sultan Selangor bertitah Baginda banyak menerima rungutan orang ramai terutama pelancong kapal persiaran yang memasuki Pelabuhan Klang, menyatakan pemandangan di sana dan Klang begitu tercemar dan menjijikkan.
Sumber : SelangorKini
Sila klik pautan di sini