KLANG, 18 JAN: Lebih setengah juta pelancong domestik dan antarabangsa dijangka mengunjungi Klang sempena Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS2025).

Datuk Bandarnya Dato’ Abd Hamid Hussain berkata sasaran itu berdasarkan rekod tahun-tahun sebelum ini yang menunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa.

 

Datuk Bandar Klang Dato’ Abd Hamid Hussain bersama peserta ketika program Discover Royal Klang Heritage Walk di pekarangan padang Laman Seni Safari, Klang pada 18 Januari 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR



 

Datuk Bandar Klang Dato’ Abd Hamid Hussain berucap sempena program Discover Royal Klang Heritage Walk di pekarangan padang Laman Seni Safari, Klang pada 18 Januari 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

“Jika dilihat daripada data 2023 seramai 400,000 pengunjung direkodkan dan kita yakin dengan promosi TMS2025 jumlah itu meningkat lebih setengah juta.

“Antara inisiatif diambil termasuklah penganjuran program lawatan ke tempat warisan, hebahan di sosial media. Namun, pada masa sama kita berharap agensi pelancongan dapat tawar pakej-pakej menarik untuk pelancong.

“Semua inisiatif ini membantu meningkatkan jumlah pelancong ke Klang sekali gus meningkatkan ekonomi peniaga,” katanya selepas merasmikan Discover Royal Klang Town Heritage Klang di Laman Seni Safari di sini, hari ini.

Terdahulu, menerusi program tersebut beliau membawa peserta meneroka beberapa lokasi warisan Klang antaranya Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz, Istana Alam Shah, Masjid India Tengku Kelana dan Balai Bomba Kota Raja.

Datuk Bandar Klang Dato’ Abd Hamid Hussain melakukan gimik program Discover Royal Klang Heritage Walk di pekarangan padang Laman Seni Safari, Klang pada 18 Januari 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

Dalam pada itu, Abd Hamid mengingatkan pemilik premis khususnya mengusahakan industri makanan dan minuman mementingkan kebersihan dalam menyediakan juadah.

“Kebersihan salah satu faktor penting dalam menarik minat pelancong. Oleh itu, pemilik restoran khususnya perlu memastikan kebersihan dalam menyediakan makanan dan minum.

“Namun menjaga kebersihan juga menjadi tanggungjawab pelancong. Kita minta mereka tidak membuang sampah merata-rata tempat dan membuat vandalisme yang boleh mencacatkan pemandangan,” katanya.

Peserta melakukan senamrobik sebelum program Discover Royal Klang Heritage Walk di pekarangan padang Laman Seni Safari, Klang pada 18 Januari 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

Kerajaan Negeri menyasarkan kehadiran lapan juta pengunjung ke Selangor tahun ini dengan catatan transaksi RM11.7 bilion sempena TMS2025.

TMS2025 disasar menawarkan lebih 60 program dan acara dengan promosinya memberi penekanan khusus kepada beberapa segmen termasuk ekopelancongan, agro, seni dan budaya.

Peserta menggayakan pakaian bertemakan tradisional ketika program Discover Royal Klang Heritage Walk di pekarangan padang Laman Seni Safari, Klang pada 18 Januari 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR
Peserta mendengar taklimat berkaitan Balai Bomba Kota Raja dari pemandu pelancong ketika program Discover Royal Klang Heritage Walk di pekarangan padang Laman Seni Safari, Klang pada 18 Januari 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

Peserta merakam gambar berlatar belakang pokok di Taman Diraja Klang ketika program Discover Royal Klang Heritage Walk di pekarangan padang Laman Seni Safari, Klang pada 18 Januari 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR
Sumber : SelangorKini
Sila klik pautan di sini